Monday, November 9, 2009

Anda pun boleh berjaya....

( Gambar salah seorang yg berjaya dalam perunding unit amanah di PUBLIC MUTUAL )
Setiap manusia yg Allah jadikan di mukabumi ini adalah seorang juara. Daripada berjuta benih sperma kita telah berjaya berenang dan melekat dirahim ibu anda. Dengan kasih sayang Allah kita membesar dalam perut ibu selama 9 bulan....cukup tempohnya kita pun lahir kedunia ini. Bermulalah episod kita di dunia ini....bermula dari tangisan namun disambut dengan penuh kegembiran oleh ibubapa kita. Perjalanan hidup kita semuanya ditentukan oleh yg Allah maha ESA...kita perlu redha dengan ketentuannya. Kita mula belajar sedikit demi sedikit dan hari demi hari, samada kita sedari ataupun tidak. Kita mula belajar merangkak kemudian berjalan kemudia berlari. Daripada sepatah perkataan kita pun boleh bercakap tak henti2....
Didunia ini Allah jadikan mesti bersebab....maknanya, jika anda ingin pandai mesti kena belajar.....nak kenyang mesti kena makan....nak kaya mesti kena kerja....nak apa2 mesti kena usaha. Jadi jika kita melihat kejayaan seseorang mesti kita kena tahu usaha/sebab disebalik kejayaan seseorang itu. Tiada kejayaan datang bergolek ....

Pilihan ditangan anda....namun mesti diiring dgn usaha....selepas tu tawakal pd ALLAH.