Hari ni saya, Adi dan abg Jeff bertemu di bandar Muar utk mengerakkan biz Uptrend di Muar. Insyallah dengan usaha yang berterusan pasti kejayaan akan tercapai. Kami bertermu di Trader Hotel...dulunya bangunan UMNO Pagoh. Biz ni terpulang pada kita nak buka cawangan di mana-mana saja. Cuba bayangkan anda ada cawangan di seluruh bandar di Malaysia ini. Pasti meletup punya....
Hari ni ingat nak pergi EPF muar sebelah pagi...bila nak keluar rumah ada saudara datang melawat ayah. Dapat tips yang sama seperti Kak Sahida bagi...kita kena banyakkan sedekah dan amal jariah. Mungkin ini yang akan membantu kita bila kita susah, mendapat musibah seperti sakit. Sebab duit yang allah berikan kepada kita itu sudah ada hak-hak nya. Kita hanya pemegang amanah yang mengagihkannya. Setiap hari kita di beri ujian oleh Allah. Mungkin selepas sembahyang Jumaat lah saya pergi.
Simpati saya kepada ibubapa saya kerana mereka sekarang hanya tinggal berdua saja dirumah. Anak-anaknya merantau jauh mencari rezeki. Saya didalam dilema samaada perlukah saya pulang kekampung bersama isteri dan anak-anak untuk menjaga kedua ibubapa saya. Sekarang ni pula ayah sudah tidak sekuat dulu. Nak kemana-mana pun susah....ya Allah berikanlah petunjuk kepada ku...
Alhamdulillah...hari ini saya diberi lagi hayat dan kekuatan oleh Allah untuk beribadah kepadaNya. Kekadang kita lupa tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita. Kita selalu merasa tidak cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kalau dulu kita naik basikal kita rasa nak pakai motosikal pulak, bila dah dapat motosikal kita rasa nak pakai kereta pulak...mula-mula pakai kancil...bila dah ada anak kita nak pakai waja pulak...bila dah naik pangkat kita mula nak pakai Honda pulak...lepas tu BMW..lepas tu....begitulah nafsu kita yang tidak pernah merasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Alangkah baiknya kalau sikap begitu digunakan untuk beribadah...selalunya tentang bab ini kita selalu pulak mengambil yang paling ringkas. Mengapa begitu....fikir-fikirkan lah.
Selamat datang ke blog Haikza. Prinsip "Halallan Toyeban" menjadi keutamaan dalam menjalankan perniagaan. Bersama kita menuju kejayaan yang hakiki. Jadikan masa persaraan kita nanti adalah Masa Emas....kerana masa kecerderaan yang tinggal itu amat-amat berharga untuk menjadi bekalan di negeri AKHIRAT.
Saya doakan anda mencapai kejayaan didunia dan juga diakhirat
Hairunizam
hp:016-6598739 e-mail:haikza@yahoo.com.my
MARKET DAN SAYA
-
Assalamualaikum wbt....
Pelaburan unit amanah yang dilaburkan di Bursa saham Malaysia adalah
kebanyakkan merujuk kepada Index KLCI. Ini adalah graf menunjuk...