Thursday, December 6, 2012

HARAPAN 2013

Harapan yang mengunung tinggi untuk tahun 2013 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.  Diam tak diam kita dah sampai ke penghujung tahun 2012. Hari-hari yang berlalu telah menjadi sejarah dan tidak dapat kita ulangi semula.  Namun harapan untuk tahun depan tetap disasarkan.  Bila menoleh kebelakang saya telah lima tahun berkerja sendiri...Masa bergerak begitu pantas sekali.  Alhamdulillah biz ini membolehkan saya bebas dari segi masa dan tidak dikongkong oleh sesiapa.  Inilah nikmatnya kita berkerja sendiri.  Pada tahun 2011 saya berjaya mencapai cita-cita saya untuk menunaikan haji bersama-sama ibu dan isteri saya dan pada masa yang sama semasa saya di tanah suci Mekah saya telah dinaikkan pangkat ke Agency Manager.  Insyallah pada tahun hadapan 2013 saya mensasarkan untuk menjadi GAM pada 13.11.13...doakan agar saya mencapainya....amin.