Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Hari ini hari terakhir di tahun 2009....esok kita akan melangkah 2010...saya berdoa semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang terbaik untuk anda semua dan diri saya sendiri. Banyak peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di tahun 2009. Mana yang baik kita jadikan teladan dan panduan dan mana yang tak baik kita jadikan sempadan.

Kita perlu berhijrah dari yg tak baik kepada baik...yang baik kepada yg lebih baik....Menjadi kaya itu tidak penting....tetapi dalam proses kita utk menjadi kaya itu amat penting....jadilah org kaya yg beriman, tidak kedekut, baik dan penderma. Kekayaan yang dapat dimanaafatkan untuk akhirat.

Kita hidup di dunia untuk akhirat.......SUCCESS! SUCCESS! SUCCESS!





Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Sekejap betul masa berlalu.....hari demi hari ...minggu demi minggu...bulan demi bulan dan tahun demi tahun silih berganti.....terus meninggalkan kita....semalam adalah sejarah, hari ini adalah pasti, tapi esok belum tentu....jadi gunakan hari ini dengan sebaiknya supaya kita tidak akan menyesal bila semalam telah berlalu.

Kita kena sentiasa perlu buat yang terbaik....jadikan hari ini lebih baik dari semalam...sudah pasti hasilnya akan menjadikan tahun demi tahun kita menjadi yang terbaik.....

Semoga Tahun 1431 hijrah akan menjadi tahun yang terbaik bagi kita semua....amin










Monday, November 9, 2009

Anda pun boleh berjaya....

( Gambar salah seorang yg berjaya dalam perunding unit amanah di PUBLIC MUTUAL )
Setiap manusia yg Allah jadikan di mukabumi ini adalah seorang juara. Daripada berjuta benih sperma kita telah berjaya berenang dan melekat dirahim ibu anda. Dengan kasih sayang Allah kita membesar dalam perut ibu selama 9 bulan....cukup tempohnya kita pun lahir kedunia ini. Bermulalah episod kita di dunia ini....bermula dari tangisan namun disambut dengan penuh kegembiran oleh ibubapa kita. Perjalanan hidup kita semuanya ditentukan oleh yg Allah maha ESA...kita perlu redha dengan ketentuannya. Kita mula belajar sedikit demi sedikit dan hari demi hari, samada kita sedari ataupun tidak. Kita mula belajar merangkak kemudian berjalan kemudia berlari. Daripada sepatah perkataan kita pun boleh bercakap tak henti2....
Didunia ini Allah jadikan mesti bersebab....maknanya, jika anda ingin pandai mesti kena belajar.....nak kenyang mesti kena makan....nak kaya mesti kena kerja....nak apa2 mesti kena usaha. Jadi jika kita melihat kejayaan seseorang mesti kita kena tahu usaha/sebab disebalik kejayaan seseorang itu. Tiada kejayaan datang bergolek ....

Pilihan ditangan anda....namun mesti diiring dgn usaha....selepas tu tawakal pd ALLAH.






Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri


Aidilfitri akan tiba beberapa hari lagi...Bulan Ramadhan Al-Mubarak akan kita tinggalkan, Ya Allah aku berdoa semoga dapat bertemu lagi Ramadhan di tahun depan. Marilah kita rebut peluang disepuluh hari yang akhir ini untuk beramal sebanyak-banyaknya dengan penuh ke ikhlasan.....mudah-mudahan kita dapat menemui malam Al-Qadar iaitu malam seribu bulan.
Maaf zahir batin dari saya....








Saturday, July 25, 2009

Buat Baik Selalu

Salam semua...sekadar berkongsi falsafah yg baik utk kita amalkan. Pepatah ada mengatakan " Anda boleh memiliki apa sahaja yang anda inginkan didalam hidup sekiranya anda boleh menolong orang untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan." Maksud
nya bila kita berbuat baik kepada hamba allah tak kira orang, haiwan atau tumbuhan maka kita telah berbuat baik kepada ciptaan allah, sudah tentu maha pencipta ini akan menghargai kita dan membalasnya....jadi kita kena selalu buat baik..

Monday, May 11, 2009

Anugerah untuk Anda Semua

Terima kasih kepada para pelabur yang telah memberikan kepercayaan anda untuk saya menguruskan dana anda. Insyallah kita akan mencapai matlamat kita semua, Financial Freedom.


Thursday, May 7, 2009

Perkembangan Terkini

Alhamdulillah ...tahun lepas saya telah dianugerahkan sebagai Million Ringgit Producer oleh Public Mutual. Target saya untuk tahun lepas adalah 2 Million. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk berkerja lebih kuat ditahun ini. Insyallah saya akan pergi insentif trip ke Bandung selama 4 hari pada 18hb ni. Kalau dulu pergi overseas atas urusan kerja...tapi kali ini berbeza sebab semuanya ditanggung dan cuma sediakan duit shopping je...Tahun 2010 pulak ingat nak dapat pergi Dubai lak...







Monday, March 23, 2009

6S dalam Islam


Masa berkerja di Japanese Company , saya diajar tentang amalan budaya kerja Jepun iaitu 5S. Baru-baru ni semasa ceramah Maulidul Rasul , seorang ustaz memberikan tips tentang amalan dalam islam yang patut kita semua amalkan. Hari ni saya nak berkongsi tentang 6S;
1. Solat
2. Selawat
3. Salam
4. Senyum
5. Sedekah
6. Senda Gurau

Fikir-fikirkan dan jadikan amalan kita. Insyallah Umat Islam akan bangkit semula.






Sunday, March 1, 2009

Salam Jutawan 2010

Salam semua...saya telah bertemu dengan seorang Jutawan dari Melaka beliau telah memberikan saya beberapa tip. Salah satu tip yang sangat berguna " Kita jangan mengejar Duit kerana duit akan lari....kita kena kejar Ilmu dan Kemahiran maka duit akan datang kepada kita"



Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Isteri tersayang...semoga tahun 2009 ini menjadi tahun yang bertuah. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya doakan anda semua didalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah sentiasa.
Bagi mereka yang belum menjadi rakan kongsi HaikzaResources...jom jom.... anda dipelawa.
Anda boleh pilih mana biz yang dirasakan sesuai atau mampu anda lakukan. Yang penting kita jalankan biz ini dengan ikhlas, jujur dan istiqamah. Ingat... rezeki semua urusan Allah yang maha esa..kita hanya berusaha dan berdoa tanpa putus asa.