Friday, October 31, 2008

Pelaburan Yang Berharga

Kita selalu melabur dalam saham, perniagaan, hartanah dan simpanan. Diantara pelaburan-pelaburan ini tahukah anda ada lagi satu jenis pelaburan yang paling berharga buat diri anda. Pelaburan yang saya maksudkan ialah pelaburan terhadap diri anda sendiri. Kita kena melabur untuk menambah ilmu, motivasi diri dan membentuk penampilan diri sendiri. Jadi kita jangan merasa rugi apabila kita membeli buku-buku, menghadiri seminar dan kursus-kursus motivasi. Kerana inilah pelaburan yang paling berharga sekali.

Friday, October 24, 2008

Belajar dari Kesilapan

Bagaimanakah pengalaman anda semasa belajar menaiki basikal. Tentu anda dapat merasakan pengalaman itu. Kita bukannya boleh terus mengayuh dengan laju. Pastinya anda mendapat luka dilutut kerana terjatuh. Ketika terjatuh itu adakah anda terus tidak mahu meneruskan belajar basikal? Tentu tidak bukan...pastinya anda akan terus berusaha untuk mengimbanginya. Begitulah juga dalam kita belajar sesuatu kita jangan berhenti sekerat jalan kerana selepas kesilapan, kejatuhan, kesakitan kita akan belajar. Setelah berjaya pastinya pengalaman itu sangat bernilai buat anda.

Sunday, October 19, 2008

Open House Sana-sini



Semalam saya terima banyak jemputan open house, semua ada lima jemputan. Memang sukar untuk memenuhi kesemua jemputan itu. Kita kena bijak merancang yang mana satu perlu diutamakan...jadi kalau yang tak dapat saya kunjungi itu, harap maaf insyallah ditahun hadapan sekiranya panjang umur dan murah rezeki kalau dijemut insyallah saya akan datang. Disebelah malam kawasan perumahan taman saya pula mengadakan open house. Saya sebagai AJK taman kenalah bertugas...

Monday, October 13, 2008

Office Baru di Bukit Tinggi Klang



Hari ni Public Mutual cawangan Klang telah berpindah ke Bukit Tinggi Klang. Jadi jauh sikit lah saya nak pergi buat submission, tapi itu semua saya kena terima. Alhamdulillah office baru ni nampak lebih professional dan high class. Jadi untuk menampung kos perjalanan yang tinggi ni...maka saya kena kerja lebih rajin. Ok...disini saya tunjukkan gambar office baru saya. Jadi kalau ada client sebelah Bukit Tinggi bolehlah saya buat appointment disini.




Saturday, October 11, 2008

Dapat Anak Saudara Baru

Semalam merupakan hari gembira dan sedih saya. Apa tidaknya semalam saya telah kehilangan pakcik sebelah isteri saya dan pada masa yang sama pula saya mendapat anak saudara baru. Tahniah Akmal kerana mendapat anak lelaki... Nanti saya akan masukkan photonya yang cute tu.

Tuesday, October 7, 2008

Anti SCAM

Hari ni saya baca di laman blog Dr Irfan Khairi sedikit fakta tentang SCAM. Dulu pun saya pernah terkena seperti Y2K, Swiss Cash dan EKaya. Memang betul kata Dr. Irfan...kita kena banyak buat research barulah kita boleh melabur. Tapi kadang2 mereka ni memang mempunyai skill menipu...over promising. Jadi kita jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis mereka ini.
Sila lawati laman blog Dr Irfan untuk mengetahu lebih lanjut tentang SCAM. Anti SCAM

Monday, October 6, 2008

Sikit-sikit lama-lama jadi gunung

Alhamdulillah ...hari ni saya dah mula berkerja seperti biasa. Pagi tadi ada mesyuarat dengan group leader saya Mohd Sahar. Saya banyak belajar perkara tentang investment melalui beliau. Beliau seorang yang tak kenal putus asa dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama....dan terus berjalan walaupun macam kura-kura.
Yang penting kita mesti sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Kita kena buat sesuatu dengan sikit-sikit dulu....barulah nanti jadi gunung.
Contohnya hari ni saya dah belajar sikit macam mana nak "modified" blog ni...menarik tak?

Wednesday, October 1, 2008

Takbir Bergema


Alhamdulillah.... segala puji kepada Allah kerana mengurniakan Hari Raya kepada umat islam. Kita menyambutnya dengan memuji Allah, bertakbir dan bertahmid. Raya tahun ni saya dan keluarga beraya di rumah saya dulu. Selepas bermaaf-maafaan barulah saya pergi ke rumah mertua. Saya sungguh bertuah kerana rumah saya dan isteri taklah jauh sangat.

Dikesempatan ini saya memohon ampun maaf sekiranya ada salah laku dan harap dihalalkan makan dan minum.