Sunday, March 1, 2009

Salam Jutawan 2010

Salam semua...saya telah bertemu dengan seorang Jutawan dari Melaka beliau telah memberikan saya beberapa tip. Salah satu tip yang sangat berguna " Kita jangan mengejar Duit kerana duit akan lari....kita kena kejar Ilmu dan Kemahiran maka duit akan datang kepada kita"



Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Isteri tersayang...semoga tahun 2009 ini menjadi tahun yang bertuah. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya doakan anda semua didalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah sentiasa.
Bagi mereka yang belum menjadi rakan kongsi HaikzaResources...jom jom.... anda dipelawa.
Anda boleh pilih mana biz yang dirasakan sesuai atau mampu anda lakukan. Yang penting kita jalankan biz ini dengan ikhlas, jujur dan istiqamah. Ingat... rezeki semua urusan Allah yang maha esa..kita hanya berusaha dan berdoa tanpa putus asa.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 1430 hijrah. Semoga tahun baru ini memberi kita semangat baru untuk terus memburu impian masing2. Malam tadi ada majlis baca Yasin sempena menyambut tahun baru...

Imam surau ada menyampaikan sedikit tazkirah...yang sempat saya ingat " Syadina Umar menyukai tiga perkara semasa hidup didunia ini iaitu ;
1. Menghadiri majlis keramaian dimana umat islam bertemu antara satu sama lain.
2. Sembahyang berjemaah di Mesjid
3. Mengerjakan tahajud dan membaca Al-Quran"

Mari kita hidupkan Sunnah Rasullah s.a.w.......






Thursday, December 11, 2008

Eidul Adha di Hospital

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!....takbir bergema di pagi raya. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidul adha kepada semua. Saya tahun ini amat sedih sekali sebab ayahanda saya dimasukkan ke Hospital Muar pada hari Jumaat 5hb Dec 2009. Jadi tahun ni saya beraya d hospital je. Semuanya adalah ketentuan Allah yang patut kita terima dengan hati yang redha. Nasib baik sebelum balik saya dah siapkan document untuk dihantar...jadi sempat juga pergi Public Mutual cawangan Muar untuk buat submission.

Saturday, November 15, 2008

Belajar dari GURU yang betul

Malam tadi saya telah bertemu guru yang hebat dalam MLM...beliau berjaya dalam setiap company yang beliau masuk. Jadi mesti ada rahsia bagaimana beliau boleh berjaya dalam industri ini. Sebahagian tips yang saya dapat untuk berjaya dalam industri ini adalah:
Kita masuk biz ini seumpama kita berperang....kita perperang untuk menang.
" Matlamat, Strategi, Kepantasan, Jangkamasa " merupakan aspek yang terpenting untuk berjaya.


Friday, November 14, 2008

Bertemu kawan lama

Malam tadi saya jumpa downline juga x-jiran saya. Hampir setahun kami tak jumpa...selepas dia berpindah ke Kuala Kubu. Tahniah Huzaimi sbb dah berjaya menjalankan projek pertanian beliau. Saya ingin belajar dari beliau macam mana nak tanam chili yang mengeluarkan hasil yang lumayan. Bak kata pepatah " Berbudi pada tanah kita akan dapat pulangannya ".

Tengah fikir nak tanam apa d kebun saya kat kampung.....pisang @ Chili@ Kelapa Sawit @ Getah @ Pokok Jarak

Friday, November 7, 2008

Kegagalan

Kegagalan merupakan satu pengajaran. Ramai orang yang berjaya didunia ini pernah mengalami kegagalan dalam hidup mereka. Contohnya Donald Trump beliau pernah mengalami kerugian berbilion dollar namun beliau bangkit semula dan mendapat berbillion-billion dollar selepas itu. Jadi jika kita rugi hari ini, buat kajian mengapa kita rugi dalam business kita dan apakah yang tidak sepatutnya kita lakukan. Supaya dimasa akan datang kita akan mengulangi perkara yang sama.
" Gagal sekali bukan semestinya akan gagal selamanya "


Friday, October 31, 2008

Pelaburan Yang Berharga

Kita selalu melabur dalam saham, perniagaan, hartanah dan simpanan. Diantara pelaburan-pelaburan ini tahukah anda ada lagi satu jenis pelaburan yang paling berharga buat diri anda. Pelaburan yang saya maksudkan ialah pelaburan terhadap diri anda sendiri. Kita kena melabur untuk menambah ilmu, motivasi diri dan membentuk penampilan diri sendiri. Jadi kita jangan merasa rugi apabila kita membeli buku-buku, menghadiri seminar dan kursus-kursus motivasi. Kerana inilah pelaburan yang paling berharga sekali.

Friday, October 24, 2008

Belajar dari Kesilapan

Bagaimanakah pengalaman anda semasa belajar menaiki basikal. Tentu anda dapat merasakan pengalaman itu. Kita bukannya boleh terus mengayuh dengan laju. Pastinya anda mendapat luka dilutut kerana terjatuh. Ketika terjatuh itu adakah anda terus tidak mahu meneruskan belajar basikal? Tentu tidak bukan...pastinya anda akan terus berusaha untuk mengimbanginya. Begitulah juga dalam kita belajar sesuatu kita jangan berhenti sekerat jalan kerana selepas kesilapan, kejatuhan, kesakitan kita akan belajar. Setelah berjaya pastinya pengalaman itu sangat bernilai buat anda.

Sunday, October 19, 2008

Open House Sana-sini



Semalam saya terima banyak jemputan open house, semua ada lima jemputan. Memang sukar untuk memenuhi kesemua jemputan itu. Kita kena bijak merancang yang mana satu perlu diutamakan...jadi kalau yang tak dapat saya kunjungi itu, harap maaf insyallah ditahun hadapan sekiranya panjang umur dan murah rezeki kalau dijemut insyallah saya akan datang. Disebelah malam kawasan perumahan taman saya pula mengadakan open house. Saya sebagai AJK taman kenalah bertugas...

Monday, October 13, 2008

Office Baru di Bukit Tinggi Klang



Hari ni Public Mutual cawangan Klang telah berpindah ke Bukit Tinggi Klang. Jadi jauh sikit lah saya nak pergi buat submission, tapi itu semua saya kena terima. Alhamdulillah office baru ni nampak lebih professional dan high class. Jadi untuk menampung kos perjalanan yang tinggi ni...maka saya kena kerja lebih rajin. Ok...disini saya tunjukkan gambar office baru saya. Jadi kalau ada client sebelah Bukit Tinggi bolehlah saya buat appointment disini.




Saturday, October 11, 2008

Dapat Anak Saudara Baru

Semalam merupakan hari gembira dan sedih saya. Apa tidaknya semalam saya telah kehilangan pakcik sebelah isteri saya dan pada masa yang sama pula saya mendapat anak saudara baru. Tahniah Akmal kerana mendapat anak lelaki... Nanti saya akan masukkan photonya yang cute tu.

Tuesday, October 7, 2008

Anti SCAM

Hari ni saya baca di laman blog Dr Irfan Khairi sedikit fakta tentang SCAM. Dulu pun saya pernah terkena seperti Y2K, Swiss Cash dan EKaya. Memang betul kata Dr. Irfan...kita kena banyak buat research barulah kita boleh melabur. Tapi kadang2 mereka ni memang mempunyai skill menipu...over promising. Jadi kita jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis mereka ini.
Sila lawati laman blog Dr Irfan untuk mengetahu lebih lanjut tentang SCAM. Anti SCAM

Monday, October 6, 2008

Sikit-sikit lama-lama jadi gunung

Alhamdulillah ...hari ni saya dah mula berkerja seperti biasa. Pagi tadi ada mesyuarat dengan group leader saya Mohd Sahar. Saya banyak belajar perkara tentang investment melalui beliau. Beliau seorang yang tak kenal putus asa dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama....dan terus berjalan walaupun macam kura-kura.
Yang penting kita mesti sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Kita kena buat sesuatu dengan sikit-sikit dulu....barulah nanti jadi gunung.
Contohnya hari ni saya dah belajar sikit macam mana nak "modified" blog ni...menarik tak?

Wednesday, October 1, 2008

Takbir Bergema


Alhamdulillah.... segala puji kepada Allah kerana mengurniakan Hari Raya kepada umat islam. Kita menyambutnya dengan memuji Allah, bertakbir dan bertahmid. Raya tahun ni saya dan keluarga beraya di rumah saya dulu. Selepas bermaaf-maafaan barulah saya pergi ke rumah mertua. Saya sungguh bertuah kerana rumah saya dan isteri taklah jauh sangat.

Dikesempatan ini saya memohon ampun maaf sekiranya ada salah laku dan harap dihalalkan makan dan minum.

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Allahu Akhbar!.. Allahu Ahkbar!... Allahu Akhbar!...

Sempena kita akan menyambut hari raya pada hari Rabu nanti...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya...sambutlah dengan cara yang sederhana kerana Islam menyuruh kita bersederhana dalam segala hal. Mohon ampun dan maaf kepada ayah dan ibu kita. Kunjungi saudara mara dan sahabat handai. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan lagi.

Saya dan keluarga saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang tahun lalu. Sesungguhnya kita tidak akan lari dari membuat kesilapan. Begitu juga saya memaafkan kesalahan sahabat semua.

Raya nanti jemput datang rumah....
Salam lebaran dan maaf zahir batin

Wednesday, September 24, 2008

Facebook


Salam semua, semoga di 10 hari diakhir ramadhan ini mari kita bersama gandakan amalan kita dan berdoa semoga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar (malam seribu bulan).

Oriat ...hari ini cuma nak ajak join Facebook dan menjadi "friend" saya. Kita boleh berkongsi gambar, aktiviti dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Teknologi sekarang semakin canggih jadi gunakan sebaiknya. Ok... untuk melayari atau menjadi friend saya sila layari http://www.facebook.com/people/Hairunizam_Hadithon/1408541268 atau klik gambar diatas

Saturday, September 13, 2008

Fasa 1 Ramadhan telah berlalu...

Bulan Ramadhan dibahagikan kepada 3 fasa, maka fasa pertama iaitu 10 hari telah berlalu. Cuba kita muhasabah diri sendiri apa yang kita telah isikan pada fasa pertama ini.

1. Adakah kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja?
2. Adakah kita banyak membuat sedekah dan amal jariah?
3. Adakah kita telah mengisi malam-malam ramadhan dengan tadarus, tahajud dan berzikir?
4. Adakah kita telah mengeluarkan zakat fitrah?

Sememangnya banyak mana pun amalan kita sebenarnya tidak cukup mengantikan nikmat yang banyak Allah kurniakan kepada kita. Jadi kita perlu menjalani ibadah puasa ini dengan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Semoga ramadhan kali ini dapat kita jalani dengan penuh kesabaran...

Monday, September 8, 2008

Gagal Merancang @ Merancang untuk Gagal

Menurut satu kajian kebanyakkan manusia gagal didunia adalah disebabkan oleh kegagalan mereka merancang.

" Kita bukan merancang untuk gagal..tetapi kita gagal untuk merancang "

Dalam apa jua kerja yang kita lakukan perlu ada perancangan...ianya amat-amat penting. Biasanya seseorang yang berkerja akan masuk ketempat kerja dan terus memulakan kerja, ini adalah satu kesilapan.

Seharusnya kita perlu luangkan masa sedikit untuk merancang apakah yang kita perlu buat hari ini. Kemudian kita buat prioriti ( yang mana satu perlu dilaksanakan dulu). Sebaiknya kita tuliskan perancangan kita ini, jadi kita akan boleh periksa semula kerja kita...adakah kita laksanakan apa yang kita rancangkan. Jadi sekiranya kita ada kerja yang tiba-tiba dtg maka kita akan memastikan kerja yang kita rencanakan dibuat dulu.

Sebaik-baiknya kita buat perancangan pada sebelah malam...jadi esok pagi kita bangun pagi kita telah bersedia dengan tugasan yang perlu dibuat... oriat...jadikan ini habit kita bersama.

Saturday, September 6, 2008

Video Visualize Money

Semua orang inginkan duit yang banyak sebab dengan duit yg banyak kita dapat buat banyak perkara. Pepatah ada berkata " Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit "
Seperti yang telah saya ceritakan tempoh hari kita kena menifest duit dengan melihat video "visualize money" ini. Hari ni saya sempat cari dalam You Tube jadi tak payah beli dari saya cuma klick video link dibawah...dan melihat dengan fikiran yang tenang semoga duit itu datang kepada kita dengan mudah. Ok ..SELAMAT MENCUBA



Thursday, September 4, 2008

Langkawi dulu..kini



Selepas sepuluh tahun saya dan isteri pernah "honeymoon" disini, bulan lepas saya datang kembali...kalau dulu cuma berdua aje tapi kali ini saya datang dengan anak-anak...maklumlah masa tu darah tengah gemuruh (haha). Memang banyak dah berubah ...jeti Kuah, gunung mat cincang, jalan dah besar. Cuma dataran Lang masih sama...burung Lang tak terbang-terbang lagi...Saya datang kali ini tak lain dari nak naik cabel car...anak-anak saya suka naik namun mamanya gayat jadi dia tak naik la.

Yang wife saya suka apa lagi ....shopping la. Saya bawa ke Idaman Suri ...nama pun untuk para isteri. Bawa duit banyak mana pun habis...masalah nak bawak balik...feri pun sendat.