Monday, October 13, 2008

Office Baru di Bukit Tinggi Klang



Hari ni Public Mutual cawangan Klang telah berpindah ke Bukit Tinggi Klang. Jadi jauh sikit lah saya nak pergi buat submission, tapi itu semua saya kena terima. Alhamdulillah office baru ni nampak lebih professional dan high class. Jadi untuk menampung kos perjalanan yang tinggi ni...maka saya kena kerja lebih rajin. Ok...disini saya tunjukkan gambar office baru saya. Jadi kalau ada client sebelah Bukit Tinggi bolehlah saya buat appointment disini.




Saturday, October 11, 2008

Dapat Anak Saudara Baru

Semalam merupakan hari gembira dan sedih saya. Apa tidaknya semalam saya telah kehilangan pakcik sebelah isteri saya dan pada masa yang sama pula saya mendapat anak saudara baru. Tahniah Akmal kerana mendapat anak lelaki... Nanti saya akan masukkan photonya yang cute tu.

Tuesday, October 7, 2008

Anti SCAM

Hari ni saya baca di laman blog Dr Irfan Khairi sedikit fakta tentang SCAM. Dulu pun saya pernah terkena seperti Y2K, Swiss Cash dan EKaya. Memang betul kata Dr. Irfan...kita kena banyak buat research barulah kita boleh melabur. Tapi kadang2 mereka ni memang mempunyai skill menipu...over promising. Jadi kita jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis mereka ini.
Sila lawati laman blog Dr Irfan untuk mengetahu lebih lanjut tentang SCAM. Anti SCAM

Monday, October 6, 2008

Sikit-sikit lama-lama jadi gunung

Alhamdulillah ...hari ni saya dah mula berkerja seperti biasa. Pagi tadi ada mesyuarat dengan group leader saya Mohd Sahar. Saya banyak belajar perkara tentang investment melalui beliau. Beliau seorang yang tak kenal putus asa dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama....dan terus berjalan walaupun macam kura-kura.
Yang penting kita mesti sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Kita kena buat sesuatu dengan sikit-sikit dulu....barulah nanti jadi gunung.
Contohnya hari ni saya dah belajar sikit macam mana nak "modified" blog ni...menarik tak?

Wednesday, October 1, 2008

Takbir Bergema


Alhamdulillah.... segala puji kepada Allah kerana mengurniakan Hari Raya kepada umat islam. Kita menyambutnya dengan memuji Allah, bertakbir dan bertahmid. Raya tahun ni saya dan keluarga beraya di rumah saya dulu. Selepas bermaaf-maafaan barulah saya pergi ke rumah mertua. Saya sungguh bertuah kerana rumah saya dan isteri taklah jauh sangat.

Dikesempatan ini saya memohon ampun maaf sekiranya ada salah laku dan harap dihalalkan makan dan minum.

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Allahu Akhbar!.. Allahu Ahkbar!... Allahu Akhbar!...

Sempena kita akan menyambut hari raya pada hari Rabu nanti...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya...sambutlah dengan cara yang sederhana kerana Islam menyuruh kita bersederhana dalam segala hal. Mohon ampun dan maaf kepada ayah dan ibu kita. Kunjungi saudara mara dan sahabat handai. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan lagi.

Saya dan keluarga saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang tahun lalu. Sesungguhnya kita tidak akan lari dari membuat kesilapan. Begitu juga saya memaafkan kesalahan sahabat semua.

Raya nanti jemput datang rumah....
Salam lebaran dan maaf zahir batin

Wednesday, September 24, 2008

Facebook


Salam semua, semoga di 10 hari diakhir ramadhan ini mari kita bersama gandakan amalan kita dan berdoa semoga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar (malam seribu bulan).

Oriat ...hari ini cuma nak ajak join Facebook dan menjadi "friend" saya. Kita boleh berkongsi gambar, aktiviti dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Teknologi sekarang semakin canggih jadi gunakan sebaiknya. Ok... untuk melayari atau menjadi friend saya sila layari http://www.facebook.com/people/Hairunizam_Hadithon/1408541268 atau klik gambar diatas

Saturday, September 13, 2008

Fasa 1 Ramadhan telah berlalu...

Bulan Ramadhan dibahagikan kepada 3 fasa, maka fasa pertama iaitu 10 hari telah berlalu. Cuba kita muhasabah diri sendiri apa yang kita telah isikan pada fasa pertama ini.

1. Adakah kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja?
2. Adakah kita banyak membuat sedekah dan amal jariah?
3. Adakah kita telah mengisi malam-malam ramadhan dengan tadarus, tahajud dan berzikir?
4. Adakah kita telah mengeluarkan zakat fitrah?

Sememangnya banyak mana pun amalan kita sebenarnya tidak cukup mengantikan nikmat yang banyak Allah kurniakan kepada kita. Jadi kita perlu menjalani ibadah puasa ini dengan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Semoga ramadhan kali ini dapat kita jalani dengan penuh kesabaran...

Monday, September 8, 2008

Gagal Merancang @ Merancang untuk Gagal

Menurut satu kajian kebanyakkan manusia gagal didunia adalah disebabkan oleh kegagalan mereka merancang.

" Kita bukan merancang untuk gagal..tetapi kita gagal untuk merancang "

Dalam apa jua kerja yang kita lakukan perlu ada perancangan...ianya amat-amat penting. Biasanya seseorang yang berkerja akan masuk ketempat kerja dan terus memulakan kerja, ini adalah satu kesilapan.

Seharusnya kita perlu luangkan masa sedikit untuk merancang apakah yang kita perlu buat hari ini. Kemudian kita buat prioriti ( yang mana satu perlu dilaksanakan dulu). Sebaiknya kita tuliskan perancangan kita ini, jadi kita akan boleh periksa semula kerja kita...adakah kita laksanakan apa yang kita rancangkan. Jadi sekiranya kita ada kerja yang tiba-tiba dtg maka kita akan memastikan kerja yang kita rencanakan dibuat dulu.

Sebaik-baiknya kita buat perancangan pada sebelah malam...jadi esok pagi kita bangun pagi kita telah bersedia dengan tugasan yang perlu dibuat... oriat...jadikan ini habit kita bersama.

Saturday, September 6, 2008

Video Visualize Money

Semua orang inginkan duit yang banyak sebab dengan duit yg banyak kita dapat buat banyak perkara. Pepatah ada berkata " Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit "
Seperti yang telah saya ceritakan tempoh hari kita kena menifest duit dengan melihat video "visualize money" ini. Hari ni saya sempat cari dalam You Tube jadi tak payah beli dari saya cuma klick video link dibawah...dan melihat dengan fikiran yang tenang semoga duit itu datang kepada kita dengan mudah. Ok ..SELAMAT MENCUBA



Thursday, September 4, 2008

Langkawi dulu..kini



Selepas sepuluh tahun saya dan isteri pernah "honeymoon" disini, bulan lepas saya datang kembali...kalau dulu cuma berdua aje tapi kali ini saya datang dengan anak-anak...maklumlah masa tu darah tengah gemuruh (haha). Memang banyak dah berubah ...jeti Kuah, gunung mat cincang, jalan dah besar. Cuma dataran Lang masih sama...burung Lang tak terbang-terbang lagi...Saya datang kali ini tak lain dari nak naik cabel car...anak-anak saya suka naik namun mamanya gayat jadi dia tak naik la.

Yang wife saya suka apa lagi ....shopping la. Saya bawa ke Idaman Suri ...nama pun untuk para isteri. Bawa duit banyak mana pun habis...masalah nak bawak balik...feri pun sendat.

Tuesday, August 26, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak



Insyallah umat islam di malaysia akan mula berpuasa pada hari isnin depan 1 Sept. Jadi saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga puasa kita diterima Allah s.w.t dan mendapat keberkatan. Buat lah seberapa banyak amalan kerana Allah akan melipat gandakan pahala di bulan Ramadhan ini. Gunakanlah umur dan kesihatan yang Allah kurniakankan kepada kita ini sebab belum tentu kita akan bertemu semula pada tahun hadapan.


" Selamat berpuasa ...maaf zahir & batin "

Friday, August 15, 2008

Visualization

Konsep visualization adalah satu teknik yang penting dalam kehidupan kita seharian. Deria mata kita kena melihat sesuatu yang kita idamkan atau inginkan. Dengan itu barulah minda separa sedar kita akan menyimpan gambar atau memori ini didalam kotak fikiran kita. Contohnya kita suka melihat kalau duit penuh dalam wallet kita, jadi kita kena bayangkan atau rasakan dengan perasaan yang gembira bahawa wallet kita penuh dengan duit. Buat teknik ini beberapa kali sehari selama 21 hari, insyallah ianya pasti berhasil. Sekiranya anda ingin mendapatkan VCD "visualize money" saya menjual dengan harga RM3 saja.

"Money not everything but everythings need money"

Wednesday, August 6, 2008

Gajah Hijau

Hari ini saya minta anda semua jangan fikirkan kan tentang gajah hijau....tetapi didalam fikiran kita tentu kita akan membayangkan tentang gajah hijau itu, betul tak?

Sebab minda kita ini tidak boleh nak terima arahan jangan itu. Minda kita akan menerima sahaja apa input yang kita masukkan. Jadi kalau kita hari-hari fikirkan tentang benda-benda negatif yang kita tidak mahu contohnya kemiskinan, hutang, sakit, takut dan sebagainya jadi benda-benda ini akan masuk kedalam minda kita dan akan menyebabkan lebih banyak benda-benda ini akan datang.

Oleh itu hari ini tip saya hari ini...kita fikirkan tentang keindahan, kita merasakan kita telah menjadi jutawan, mempunyai banyak wang dan dermawan, apa saja yang positif. Maka minda kita akan menjadi seperti yang kita gambarkan. Mari kita ubah....tiada siapa yang boleh halang kita kecuali diri kita sendiri. " Saya ingin menjadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi..amin "

Wasalam

Wednesday, July 30, 2008

Jumpa kawan lama

Hari ni saya ada appointment dengan kawan tempat kerja lama saya. Nampak perubahan yang ketara pada diri beliau. Kalau dulu nampak cengkung dan kurus ...macam orang tak cukup tidur. Dunia dah berubah...orang pun berubah. Tempat kerja beliau sekarang jauh beza dengan yang dulu...tak ada tekanan yang melampau. Tekanan tu OK kalau sekali sekala tapi kalau dah tiap-tiap hari ...mana tahan. Tekanan, rintangan tu memang kita kena hadapi namun mesti ada hadnya.

Teringat pulak formula rintangan V=IR, @ I =V/R , betul ke...?

Tuesday, July 22, 2008

"The Secret"


"The Secret" buku terbaru yang saya sedang baca sekarang ni. Adakah anda tahu bahawa ramai dikalangan orang-orang yang hebat didunia ini seperti Plato, Lincon, Edison, Einstein dan ramai lagi telah mengetahui rahsia ini sudah lama.

Kita semua tahu bahawa setiap rumah ada kuncinya...apabila kita mendapat kunci yang betul amat mudahlah kita memasukinya. Jadi setiap bidang yang kita ingin berjaya sudah tentu ada kuncinya.

Alhamdulillah... selama satu tahun saya mencari-cari "kunci forex" sekarang ni sudah dapat. Semoga dengan ada kunci rahsia ini saya dapat mencarigali sumber kekayaan forex ini yang bernilai trillion dollar. Yang penting sekali kita kena buang sifat 2T iaitu Takut dan Tamak.

Jika anda ingin mendapatkan e-book tentang Rahsia Jutawan-jutawan Malaysia yang dikarang oleh mentor saya Dr Irfan Khairi sila klik iklan diatas. Pasti berbaloi!

Friday, July 11, 2008

Malam Gemilang Uptrend

Untuk makluman semua !!!

Malam Gemilang Uptrend akan diadakan pada 9 Aug 08 bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Acara bermula pada hari Jumaat bersamaan 08.08.08 (cantik nombor...orang cina kata ada ong..888 bermakna kaya.kaya.kaya). Acara akan bermula dari 2pm hingga 6pm.
Masuk percuma!

Acara kemuncak pada hari Sabtu bermula pada 7pm hingga 12 pm, ticket masuk RM50. Sekiranya anda berminat sila maklumkan kepada saya segera.

Mari kita beramai-ramai gegarkan stadium shah alam. Pasti anda akan bersemangat selepas menghadiri MGU ini. Ini akan membantu kita mengerakkan kumpulan kita bersama-sama. Insyallah kita pun boleh berjaya seperti mereka.

Ok...Jumpa Anda di puncak kejayaan.

Monday, July 7, 2008

Agen Pengiklanan - BULUHMAS

Pengiklanan adalah amat penting untuk sesebuah syarikat mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka. Tahukah anda hari-hari kita melihat iklan secara tidak kita sedari...contohnya bila kita melihat TV mesti ada iklan , mendengar radio pun ada iklan, memandu kereta di jalanraya pun banyak melihat papan-papan iklan dan bila kita membaca suratkhabar pun banyak iklan-iklan. Sesebuah syarikat melabur jutaan ringgit hanya tujuan untuk pengiklanan. Jadi pentingnya agensi pengiklanan ini. Media seperti TV, suratkhabar, radio dan jalanraya mempunyai peminatnya yang ramai dan media ini mendapat sumber pendapatan dari perkhidmatan pengiklanan mereka. Kenapa kita tidak jadi agen pengiklanan dan dibayar upah. Sekarang pun saya dah jadi agen pengiklanan Advertlets...(silalah klik ye...)

Ok...hari ini saya nak iklankan sesiapa yang berminat nak jadi agen promoter bagi syarikat BULUHMAS. Sila hubungi saya.




Modal yang sangat kecil...RM15 je, namun berpotensi mendapat pendapatan yang besar. Sila baca keratan dibawah. Tak percaya....terpulang kepada anda....tiada paksaan dalam biz ni.

" MENJANA PENDAPATAN DI BULUHMAS "
Tugas utama :
1. Menampal pelekat/sticker iklan di cermin belakang kereta anda - Anda tidak dibenarkan menanggalkan pelekat/sticker tersebut selagi anda mempunyai kontrak dengan BULUHMAS

2. Menggunakan produk atau perkhidmatan pelekat/sticker iklan tersebut. Anda dikehendaki menggunakan produk yang telah diberi oleh pihak BULUHMAS.

3. Bercerita tentang pengiklanan. Anda perlu bercerita tentang produk/perkhidmatan syarikat yang diiklankan kepada orang ramai. Untuk tujuan itu juga, anda perlu mencari promoter baru untuk pihak syarikat.

" FAEDAH UNTUK PROMOTER "
1. Anda akan dibayar RM1 untuk setiap genap sebulan anda menampal pelekat/sticker dibelakang kereta anda.

2. Setiap ahli promoter baru yang genap sebulan anda perkenalkan, anda akan dibayar RM1. Anda akan menerima faedah RM1 setiap promoter dibawah rangkaian anda sehingga level ke-4. Dan setiap level tidak terhad jumlah ahlinya. Ini menjadikan pendapatan bulanan anda tidak terhad.

3. Anda akan menerima produk/baucer yang telah ditetapkan oleh pihak BuluhMas. Produk/baucer ini berdasarkan pertukaran 15% daripada jumlah pendapatan anda setiap bulan.

Permohonan untuk menjadi promoter BuluhMas dikenakan bayaran sebanyak RM15.

sila layari web ini http://www.buluhmas.com


Thursday, July 3, 2008

Jenama

Baru-baru ni dalam akhbar the Star ada tersenarai syarikat yang diiktiraf oleh
" THE BRAND LAUREATE " untuk kawasan Asia Pasific. Salah satu syarikat yang tersenarai ialah Public Mutual dianugerahkan dalam bidang Unit Amanah.

Apakah penting soalan ini pada anda " Apa ada pada nama/jenama ? ". Namun begitu kita memang tidak boleh menafikan bahawa jenama itu penting. Dari kecil kita dah diajar tentang jenama...beberapa contoh saya berikan dibawah

1. Nak pakai seluar jeans = Levis
2. Nak makan ayam segera = KFC
3. Nak makan burger = McD
4. Nak pakai kereta mewah = BMW
5. Nak naik kapal terbang murah = AIRASIA
6. Nak melabur unit amanah = PUBLIC MUTUAL

Memang jenama yang saya sebutkan diatas telah terbukti mempunyai kreadibilitinya yang tersendiri. Jadi jenama itu amat penting seperti mana pepatah orang tua

" Harimau mati meninggalkan belang ...manusia mati meninggalkan nama"

Maka kita kenalah pastikan bahawa kita sentiasa mempunyai nama/jenama yang tersendiri. Saya punya jenama untuk syarikat saya ialah haikza .

Wednesday, July 2, 2008

Prinsip Perjuangan

Semalam saya menghadir perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam. Tujuan saya kesana adalah untuk mendengar secara terus dari Dato Sri tentang isu semasa. Dalam masa yang singkat saja stadium tersebut penuh dengan orang ramai. Sila lihat gambar dibawah.

Saya merasa amat kagum dengan semangat perjuangan Dato Sri...Menurut ucapan DSAI kalau dahulu beliau sudah diuji dengan begitu hebat sekali, hampir separuh mati tetapi bangkit semula....kali ini beliau akan menentang habis-habisan. "Lawan tetap... Lawan" !!!

Saya berdoa kepada Allah semoga segala fitnah ini akan dihapuskan, dan orang yang membuat fitnah ini akan menerima balasan Allah s.w.t.
" Perbuatan baik pasti akan dibalas baik...yang jahat akan menerima hukumannya samaada di dunia ataupun di akhirat "

Tuesday, July 1, 2008

Tindakan menghadapi pasaran saham yang turun


Hari ini pasaran bursa Malaysia ditutup pada 1174.83 point. Turun lagi akibat suasana yang politik yang panik. Perkara yang sama berlaku pada tahun 1998, 10 tahun yang lepas. Pasaran ketika itu merundum turun sehingga ke paras 300 point. Pasaran saham pada ketika itu sudah mulai turun pada tahun 1997 dari 1200 point, mengambil masa satu tahun untuk jatuh keparas terendah. Bagaimanapun pasaran mengambil masa 3 tahun untuk naik keparas 900 point.

Sebenarnya tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh meramal pasaran saham dengan tepat. Jadi kita kena berdisiplin dalam pelaburan. Jangan letak semua telur dalam satu bakul dan kita kena pandai menguruskan kewangan. Jadi "Managing the Risk" adalah amat penting.
Kalau dalam Forex kita cuma boleh melabur 2% sahaja dari modal kita.

Adakah sekarang ni masa yang sesuai atau kita kena tunggu lagi... Jawapannya jika kita berdisiplin melabur, kita akan menggunakan prinsip DCA (Dollar Cost Averaging) dimana kita tidak akan timing market untuk melabur, kita cuma melabur dengan setiap bulan @ setiap 3 bulan. Oleh itu dalam keadaan sekarang pelabur jangka panjang tidak perlu panik menarik keluar pelaburan mereka sekiranya berada dalam -ve profit.