Wednesday, July 30, 2008

Jumpa kawan lama

Hari ni saya ada appointment dengan kawan tempat kerja lama saya. Nampak perubahan yang ketara pada diri beliau. Kalau dulu nampak cengkung dan kurus ...macam orang tak cukup tidur. Dunia dah berubah...orang pun berubah. Tempat kerja beliau sekarang jauh beza dengan yang dulu...tak ada tekanan yang melampau. Tekanan tu OK kalau sekali sekala tapi kalau dah tiap-tiap hari ...mana tahan. Tekanan, rintangan tu memang kita kena hadapi namun mesti ada hadnya.

Teringat pulak formula rintangan V=IR, @ I =V/R , betul ke...?

Tuesday, July 22, 2008

"The Secret"


"The Secret" buku terbaru yang saya sedang baca sekarang ni. Adakah anda tahu bahawa ramai dikalangan orang-orang yang hebat didunia ini seperti Plato, Lincon, Edison, Einstein dan ramai lagi telah mengetahui rahsia ini sudah lama.

Kita semua tahu bahawa setiap rumah ada kuncinya...apabila kita mendapat kunci yang betul amat mudahlah kita memasukinya. Jadi setiap bidang yang kita ingin berjaya sudah tentu ada kuncinya.

Alhamdulillah... selama satu tahun saya mencari-cari "kunci forex" sekarang ni sudah dapat. Semoga dengan ada kunci rahsia ini saya dapat mencarigali sumber kekayaan forex ini yang bernilai trillion dollar. Yang penting sekali kita kena buang sifat 2T iaitu Takut dan Tamak.

Jika anda ingin mendapatkan e-book tentang Rahsia Jutawan-jutawan Malaysia yang dikarang oleh mentor saya Dr Irfan Khairi sila klik iklan diatas. Pasti berbaloi!

Friday, July 11, 2008

Malam Gemilang Uptrend

Untuk makluman semua !!!

Malam Gemilang Uptrend akan diadakan pada 9 Aug 08 bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Acara bermula pada hari Jumaat bersamaan 08.08.08 (cantik nombor...orang cina kata ada ong..888 bermakna kaya.kaya.kaya). Acara akan bermula dari 2pm hingga 6pm.
Masuk percuma!

Acara kemuncak pada hari Sabtu bermula pada 7pm hingga 12 pm, ticket masuk RM50. Sekiranya anda berminat sila maklumkan kepada saya segera.

Mari kita beramai-ramai gegarkan stadium shah alam. Pasti anda akan bersemangat selepas menghadiri MGU ini. Ini akan membantu kita mengerakkan kumpulan kita bersama-sama. Insyallah kita pun boleh berjaya seperti mereka.

Ok...Jumpa Anda di puncak kejayaan.

Monday, July 7, 2008

Agen Pengiklanan - BULUHMAS

Pengiklanan adalah amat penting untuk sesebuah syarikat mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka. Tahukah anda hari-hari kita melihat iklan secara tidak kita sedari...contohnya bila kita melihat TV mesti ada iklan , mendengar radio pun ada iklan, memandu kereta di jalanraya pun banyak melihat papan-papan iklan dan bila kita membaca suratkhabar pun banyak iklan-iklan. Sesebuah syarikat melabur jutaan ringgit hanya tujuan untuk pengiklanan. Jadi pentingnya agensi pengiklanan ini. Media seperti TV, suratkhabar, radio dan jalanraya mempunyai peminatnya yang ramai dan media ini mendapat sumber pendapatan dari perkhidmatan pengiklanan mereka. Kenapa kita tidak jadi agen pengiklanan dan dibayar upah. Sekarang pun saya dah jadi agen pengiklanan Advertlets...(silalah klik ye...)

Ok...hari ini saya nak iklankan sesiapa yang berminat nak jadi agen promoter bagi syarikat BULUHMAS. Sila hubungi saya.




Modal yang sangat kecil...RM15 je, namun berpotensi mendapat pendapatan yang besar. Sila baca keratan dibawah. Tak percaya....terpulang kepada anda....tiada paksaan dalam biz ni.

" MENJANA PENDAPATAN DI BULUHMAS "
Tugas utama :
1. Menampal pelekat/sticker iklan di cermin belakang kereta anda - Anda tidak dibenarkan menanggalkan pelekat/sticker tersebut selagi anda mempunyai kontrak dengan BULUHMAS

2. Menggunakan produk atau perkhidmatan pelekat/sticker iklan tersebut. Anda dikehendaki menggunakan produk yang telah diberi oleh pihak BULUHMAS.

3. Bercerita tentang pengiklanan. Anda perlu bercerita tentang produk/perkhidmatan syarikat yang diiklankan kepada orang ramai. Untuk tujuan itu juga, anda perlu mencari promoter baru untuk pihak syarikat.

" FAEDAH UNTUK PROMOTER "
1. Anda akan dibayar RM1 untuk setiap genap sebulan anda menampal pelekat/sticker dibelakang kereta anda.

2. Setiap ahli promoter baru yang genap sebulan anda perkenalkan, anda akan dibayar RM1. Anda akan menerima faedah RM1 setiap promoter dibawah rangkaian anda sehingga level ke-4. Dan setiap level tidak terhad jumlah ahlinya. Ini menjadikan pendapatan bulanan anda tidak terhad.

3. Anda akan menerima produk/baucer yang telah ditetapkan oleh pihak BuluhMas. Produk/baucer ini berdasarkan pertukaran 15% daripada jumlah pendapatan anda setiap bulan.

Permohonan untuk menjadi promoter BuluhMas dikenakan bayaran sebanyak RM15.

sila layari web ini http://www.buluhmas.com


Thursday, July 3, 2008

Jenama

Baru-baru ni dalam akhbar the Star ada tersenarai syarikat yang diiktiraf oleh
" THE BRAND LAUREATE " untuk kawasan Asia Pasific. Salah satu syarikat yang tersenarai ialah Public Mutual dianugerahkan dalam bidang Unit Amanah.

Apakah penting soalan ini pada anda " Apa ada pada nama/jenama ? ". Namun begitu kita memang tidak boleh menafikan bahawa jenama itu penting. Dari kecil kita dah diajar tentang jenama...beberapa contoh saya berikan dibawah

1. Nak pakai seluar jeans = Levis
2. Nak makan ayam segera = KFC
3. Nak makan burger = McD
4. Nak pakai kereta mewah = BMW
5. Nak naik kapal terbang murah = AIRASIA
6. Nak melabur unit amanah = PUBLIC MUTUAL

Memang jenama yang saya sebutkan diatas telah terbukti mempunyai kreadibilitinya yang tersendiri. Jadi jenama itu amat penting seperti mana pepatah orang tua

" Harimau mati meninggalkan belang ...manusia mati meninggalkan nama"

Maka kita kenalah pastikan bahawa kita sentiasa mempunyai nama/jenama yang tersendiri. Saya punya jenama untuk syarikat saya ialah haikza .

Wednesday, July 2, 2008

Prinsip Perjuangan

Semalam saya menghadir perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam. Tujuan saya kesana adalah untuk mendengar secara terus dari Dato Sri tentang isu semasa. Dalam masa yang singkat saja stadium tersebut penuh dengan orang ramai. Sila lihat gambar dibawah.

Saya merasa amat kagum dengan semangat perjuangan Dato Sri...Menurut ucapan DSAI kalau dahulu beliau sudah diuji dengan begitu hebat sekali, hampir separuh mati tetapi bangkit semula....kali ini beliau akan menentang habis-habisan. "Lawan tetap... Lawan" !!!

Saya berdoa kepada Allah semoga segala fitnah ini akan dihapuskan, dan orang yang membuat fitnah ini akan menerima balasan Allah s.w.t.
" Perbuatan baik pasti akan dibalas baik...yang jahat akan menerima hukumannya samaada di dunia ataupun di akhirat "

Tuesday, July 1, 2008

Tindakan menghadapi pasaran saham yang turun


Hari ini pasaran bursa Malaysia ditutup pada 1174.83 point. Turun lagi akibat suasana yang politik yang panik. Perkara yang sama berlaku pada tahun 1998, 10 tahun yang lepas. Pasaran ketika itu merundum turun sehingga ke paras 300 point. Pasaran saham pada ketika itu sudah mulai turun pada tahun 1997 dari 1200 point, mengambil masa satu tahun untuk jatuh keparas terendah. Bagaimanapun pasaran mengambil masa 3 tahun untuk naik keparas 900 point.

Sebenarnya tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh meramal pasaran saham dengan tepat. Jadi kita kena berdisiplin dalam pelaburan. Jangan letak semua telur dalam satu bakul dan kita kena pandai menguruskan kewangan. Jadi "Managing the Risk" adalah amat penting.
Kalau dalam Forex kita cuma boleh melabur 2% sahaja dari modal kita.

Adakah sekarang ni masa yang sesuai atau kita kena tunggu lagi... Jawapannya jika kita berdisiplin melabur, kita akan menggunakan prinsip DCA (Dollar Cost Averaging) dimana kita tidak akan timing market untuk melabur, kita cuma melabur dengan setiap bulan @ setiap 3 bulan. Oleh itu dalam keadaan sekarang pelabur jangka panjang tidak perlu panik menarik keluar pelaburan mereka sekiranya berada dalam -ve profit.

Monday, June 30, 2008

Teknik Spiritual

Teknik yang terakhir ialah Spiritual.
Kaedahnya:
1. Pejamkan mata anda
2. Letakkan kedua-dua tangan anda dibahagian dada dan rasakan denyutan jantung anda.
3. Kemudia niatkan dalam hati tentang apa yang anda hajatkan...ulangi selama beberapa minit.

Insyallah dengan mempraktikkan kesemua kaedah ini, ianya menjadikan doa tetapi kita kena berusahalah. Selebihnya rezeki itu biar Allah yang tentukan.

Dalam surah Al-Imran ayat 27, Allah telah berfirman
" Engkau memberi rezeki kepada sesiapa saja yang Engkau kehendaki tanpa batas"

Wednesday, June 25, 2008

Pejabat Haikza Resources

Gambar disebelah adalah merupakan pejabat saya yang terletak di Tingkat 2 Anggerik Mall, Shah Alam. Waktu urusan 9.00 am - 10 pm. Saya berkongsi dengan rakan saya En Bakar dan En Azmi Nor. En Bakar merupakan seorang Persuruh jaya Sumpah dan En Azmi Nor pula seorang pengurus pemasaran AZIAH MD CONSULTANTCY. Jadi jimat sikit kos menyewa tapak perniagaan, dalam keadaan sekarang ni mana yang boleh kita "cut cost" kita buatlah. Perjalanan harian pun kena dirancang supaya dapat menjimatkan petrol. Semoga ofis ini dapat berkembang dan terus berkembang. " Sesuatu yang besar tu bermula dengan kecil ".

Teknik ke 3 ... Kinetik

Sabtu lepas saya menghadiri kenduri kahwin sepupu saya, lama tak "rewang" kat kampung best juga. Teringat masa zaman bujang kat kampung...memang tak pernah tinggal aktiviti kat kampung. Semangat inilah yang menjadikan saya rindu kampung halaman. Ok habis cerita kampung... Berbalik kepada sambungan teknik yang saya nak ajar kali ini ialah Kinetik.
Caranya:
1. Dengan berdiri angkat dan hayun peha kaki kanan kita ke kiri dengan menyebut apa yang kita mahukan.
2. Buat pula dengan kaki kiri pula, angkat dan hayunkan ke kanan dan menyebut apa yang kita idamkan.
3. Ulangi semula pergerakan tersebut selama satu minit.

Insyallah nanti saya lampirkan foto gerakan kinetik ini.

Thursday, June 19, 2008

Sambungan ....Teknik kedua Audio

Oriat... hari ni saya nak bagitahu teknik yang kedua iaitu Audio.
Cara-caranya ;

1. Kita pejamkan mata
2. Pegang kedua-dua cuping telinga kita.
3. Sambil memicit di keliling cuping telinga kita, kita menyebut apa yang kita mahukan
4. Ulangi sekurang-kurangnya selama 1 minit...lagi lama lagi bagus.

Jangan lupa untuk mengikuti teknik ketiga esok...wasalam

Wednesday, June 18, 2008

Buku terbaru dipasaran

Dah lama saya tak beli buku...semalam pergi kedai buku terpandang satu buku yang bertajuk " Tarik KEKAYAAN dengan KUASA MINDA" pengarangnya ialah kawan lama saya Saudara Amar Mahmood. Tahniah Amar sebab sudah berjaya menerbitkan 2 buku... buku sebegini memang amat saya gemari kerana dapat meningkatkan "self development" saya. Memang kita perlu sentiasa bermotivasi, dengan membaca buku, menghadiri seminar atau latihan kita akan sentiasa bermotivasi.



Sila layari www.amarmahmood.com untuk mengetahui tentang pengarang buku ini.

Teknik Untuk Berjaya

Hari ini saya ingin berkongsi teknik bagaimana hendak mencapai sesuatu yang kita hajati. Teknik ini boleh dilakukan setiap pagi sebelum kita keluar rumah. Teknik ini dinamakan "VAKS"
V - Visualize
A - Audio

K - Kenetik

S - Spiritual


Jadi saya akan terangkan satu persatu cara-caranya, untuk hari ini saya akan terangkan keadah yang pertama dulu. Satu hari satu teknik lah...Jadi kenalah ikuti siri yang berikutnya.
Untuk keadah visualize caranya kita gengam kedua-dua tangan kita seperti gambar dibawah.
Kemudian mata kita tumpukan pandangan kepada ibu jari kita. Sambil menyebutkan apa yang kita idamkan berulang-ulang kali , tangan kita membuat putaran berbentuk simbul infiniti. Mulakan pergerakan dari arah kanan. Pastikan pandangan kita tertumpu pada ibu jari dan mengikuti pergerakannya. Lakukan latihan ini selama 1 minit.
Hari ini saya idamkan " Dapatkan investment 20,000 setiap hari" Amin...

Monday, June 16, 2008

Istiqomah

Istiqomah @ consistantcy memang amat penting sekali dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Jangan kita buat satu benda...tapi buat separuh jalan. Lepas tu kita komplen susah nak buat. Sebab sesuatu kejayaan itu kita kena melalui jalannya @ "complete the process" . Bayangkan kita masak air kalau kita tidak panaskan air tu sampai suhu 100 degree C, ianya tak akan mendidih. Walaupun susah macam mana kita kena sabar dan istiqomah dalam membuat sesuatu. Begitu juga didalam beribadah, walaupun amalan tu sunat tetapi sekiranya dibuat dengan istiqomah itu adalah lebih baik.
Bak kata pepatah " Batu yang keras pun terkesan apabila air yang lembut menitis diatasnya tanpa henti "

Friday, June 13, 2008

Muhsabah Diri Sendiri

Hari ini Jumaat 9 Jamidul Akhir, biasanya setiap hari jumaat saya tidak ada appointment hanya buat submission form di Public Mutual. Saya lebih suka naik motosikal je sebab cepat sikit pergerakan dan tak payah nak kena bayar parking, dan lagi menjimatkan. Tambahan pula sekarang ni minyak petrol dah mahal. Apa yang saya nak berkongsi hari ni ialah tentang suka cari kesalahan orang. Semasa saya sedang menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat saya nampak ramai penunggang kena saman dengan polis trafik sebab ramai penunggang langgar lampu isyarat....dalam hati saya mesti lepas ni penunggang tu kena tahan.... memanglah betul dia kena tahan polis. Rupanya dalam saya memerhati kesalahan orang saya tak sedar saya pun ada melakukan kesalahan. Dengan tak di sangka saya pun kena tahan... lepas tu pegawai polis tu tanya saya ..."Nak saya tolong pakaikan ke?...@nak manja-manja ke?" Rupanya saya lupa nak kancing topi keladar. Nasib baik lah tak kena saman...alhamdulillah. Jadi pengajarannya kita jangan suka cari kesilapan orang je...tengok diri sendiri dulu.

Thursday, June 12, 2008

Hari-hari kena bersemangat

Dalam dunia business ni yang paling penting adalah semangat kita... oleh itu kita kena sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu. Jangan kita patah semangat apabila sesuatu yang kita plan tidak menjadi. Sebab itu kalau kita lihat apabila tentera hendak berperang mereka perlu berada didalam semangat juang yang tinggi, biasanya ketua akan memberikan kata-kata semangat. Bagi yang berniaga sendirian berhad macam saya ni...kita kenalah dengar yang boleh membakar semangat kita...contonya lagu2 motivasi, kata2 motivasi seperti..." I'm the best, I like myself, Saya Boleh " . Saya suka dengar lagu "Fikirkan Boleh" dan "Gemuruh"

Tuesday, June 10, 2008

Ubah Gaya Hidup @ Tingkatkan Pendapatan

Berikutan kenaikan minyak yang tinggi dijangkakan harga barangan akan meningkat maka kadar inflasi pun akan naik. Sekarang ini kadar inflasi melebihi 5% maka sekiranya investment yang kita buat profit 5% maka seolah-olah kita tidak ada keuntungan disebabkan inflasi. Oleh itu kita kena buat investment lebih dari 5% baru ada untung. Satu cara adalah kita invest dalam unit trust, unit trust merupakan investment jangka sederhana/panjang (untuk 3 tahun keatas). Pilihan adalah ditangan kita untuk ubah gaya hidup atau tingkatkan pendapatan. Kita sudah tidak boleh bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Mungkin selama ini kita sudah terbiasa dengan "comfort" zone, itu yang susah nak ubah. Kata-kata semangat " FOR THINGS TO CHANGE WE MUST CHANGE FIRST ".

Monday, June 9, 2008

Business merupakan alternatif


Memandangkan kos pasti akan meningkat akibat peningkatan harga minyak dan mulai bulan Julai tarif elektik pula akan naik, kita perlu memikirkan bagaimana boleh kita tingkatkan income kita. Bagi yang kerja makan gaij perlulah mencari peluang buka perniagaan sendiri supaya dapat pendapatan sampingan. Kita kena percaya bahawa 9/10 rezeki itu dari perniagaan. Bila kita ingin membuka perniagaan perkara pertama yang menjadi halangan ada modal. Sekarang ni kalau nak buka kedai burger pun sekurang-kurangnya kita perlu RM3000 untuk beli kelengkapan, modal pusingan pun kena diambilkira. Jadi business yang tidak perlu modal yang besar adalah DS/MLM/...orang kata MLM ni "meniaga lain macam", "meniaga larut malam", dll yang sewaktu dengannya. Jika anda berminat ingin menjadi rakan kongsi saya dalam perniagaan MLM ni sila e-mail saya haikza@yahoo.com.my @ 016-6598739
Gambar saya bersama salah seorang Jutawan Uptrend...jom "Breaking your personal best"

Friday, June 6, 2008

Minyak Naik...@ Naik Minyak

4hb June ramai orang naik minyak...stesen minyak di serbu akibat minyak naik. Memang kali ini amat terasa kenaikannya. Saya memang kerap travel jadi kenaikan minyak ini menyebabkan kos pengangkutan saya meningkat 40%. Oleh itu bagaimana nak menampung kenaikan ini...kenalah lakukan penjimatan yang drastik.Mana yang tak perlu kena buang atau kurangkan. Kerajaan hanya pandai naikkan minyak saja...mestilah berjimat dulu...komen
Untuk pengetahuan semua harga minyak di Arab Saudi baru 45sen/liter.

Saturday, May 31, 2008

Uptrender di Muar

Hari ni saya, Adi dan abg Jeff bertemu di bandar Muar utk mengerakkan biz Uptrend di Muar. Insyallah dengan usaha yang berterusan pasti kejayaan akan tercapai. Kami bertermu di Trader Hotel...dulunya bangunan UMNO Pagoh. Biz ni terpulang pada kita nak buka cawangan di mana-mana saja. Cuba bayangkan anda ada cawangan di seluruh bandar di Malaysia ini. Pasti meletup punya....

Friday, May 30, 2008

Ujian Allah


Hari ni ingat nak pergi EPF muar sebelah pagi...bila nak keluar rumah ada saudara datang melawat ayah. Dapat tips yang sama seperti Kak Sahida bagi...kita kena banyakkan sedekah dan amal jariah. Mungkin ini yang akan membantu kita bila kita susah, mendapat musibah seperti sakit. Sebab duit yang allah berikan kepada kita itu sudah ada hak-hak nya. Kita hanya pemegang amanah yang mengagihkannya. Setiap hari kita di beri ujian oleh Allah. Mungkin selepas sembahyang Jumaat lah saya pergi.